JSM MERGE WITH ADMIN = PSMP

Jabatan Sumber Manusia "JSM" is getting bigger and adding new responsibility by merging with Administration function starting January 2012 and now known as Pejabat Sumber Manusia dan Pentadbiran "PSMP".


JSM New Era

Assalamualaikum. JSM is in new era.

Teambuilding 2nd Batch LZS

Date : 17-20 March 2011.
Place : Marina Cove Lumut, Perak.
Consultant : Legacy Learning Solution.





















Farewell Party for Bosshh, Bro Hadi and Kak Masz...






24 Februari 2011, satu jamuan perpisahan diadakan oleh Ahli-ahli Kariah Jabatan Sumber Manusia, Lembaga Zakat Selangor. Jamuan ini diadakan sempena pertukaran Hadi dan Mazliza ke jabatan baru. Tak terlepas juga farewell untuk Bosh JSM, TUAN HAJI rohaizan kambol, kontraknya akan ditamatkan pada akhir bulan 2 ni. Sumber2 makanan yang ada kat jamuan ni diperoleh dari hasil pungutan Pejabat Kutipan Jabatan Sumber Manusia sendiri. Makanan terdiri dari pelbagai jenis, dari Fast Food, Melayu, India dan juga Cina, bak kata Bosh kami, "Satu Malaysia" tet tet tet.....

Anggota-anggota yang terlibat : Kak Nana, Kak Azie, Kak Intan, Kak Long, Kak Ros, Kak CT dan seorang jejaka bernama Nadzmie Shah... (hehehehe.....)

Anggota-anggota yang makan : Ramai betul... Besar Jugak JSM ni...

Yang Penting Kenyang dan HEPPI!!!!!!!!!!

{Psttt... Lpas makan tu ramai2 dok pakat tido kat bilik stor...}

( )

Perbarisan Maulidur Rasul


Pasukan Perbarisan LEMBAGA ZAKAT SELANGOR yang telah memenangi tempat ke 5 (lelaki) dan ke 4 (perempuan) dalam pertandingan perbarisan yang bertarikh 15 Februari 2011 bersamaan 12 Rabiulawal 1432H.

07 RABIULAWAL1432H bersamaan Hari Rabu.

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.

Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.

Istimewanya Bulan Rabiulawal ni?

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.

2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.

4. Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.

5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.

7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.

8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.

9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol. Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

Aktiviti Pagi Selasa


Pada pagi ini, Kontigen Kawad Kaki LZS sedang menjalani latihan perbarisan dengan gigih dan bersungguh-sungguh bertempat di Masjid Negeri, Selangor. Anggota-anggota Kawad Kaki LZS yang secara sukarela menyertai Perbarisan ini semuanya adalah bekas-bekas anggota kawad kaki yang terlatih rata-ratanya dari Persatuan Pengakap, Bulan Sabit Merah, Pandu Puteri, KRS, Bomba, Polis dan Persatuan Puteri Islam.....

Harap tahun ini LZS dapat menggondol tempat pertama dalam perbarisan untuk Maulidur Rasul.

Hadiah tempat pertama : Melancong ke Mesir dalam membantu pelajar-pelajar Malaysia disana.

Assalamualaikum Selasa (5 Rabiulawal 1432H)


Selamat Pagi dan Salam Sejahtera untuk semua Muslimin dan Muslimat terutamanya Kakitangan Lembaga Zakat Selangor. Di pagi yang tenang dan cerah ini, diharapkan agar rezeki yang yang diberikan Allah dan yang disampaikan 'Mikail' melimpah ruah untuk sekalian hambanya.

“Dan Dialah yang menjadikan malam sebagai pakaian bagimu dan tidur sebagai istirahat, dan dijadikan siang untuk bertebaran (mencari rezeki)” Al-Furqan:47


Allah berfirman yang bermaksud: "Apabila kamu selesai
mengerjakan solat, bertebaranlah kamu di muka bumi
dan carilah kurnia Allah" (Surah AI Jumuah: 9).


Rezeki yang baik itu, datangnya dari kerja yang ikhlas.

Followers

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme