PEKERJA & PRESTASI


Assalamualaikum…kepada semua yang dihormati & dikasihi..

How are you all? Semoga senantiasa sihat dan ceria; bersemangat dan komited dalam memikul tanggungjawab menjalankan tugasan harian di LZS. Maklumlah, diakui dan dapat dirasakan, di kelewatan bulan Mac ini, banyak tugasan ad-hoc dan penting untuk diselesaikan mengikut dateline..Tekanan dirasakan dimana-mana..harap dapat diuruskan dengan sebaik-baiknya..Jangan diabai tanggungjawab kita yang lain kerana bebanan tugasan yang ada..

Saya ini bukanlah seorang penulis yang baik..pandai memainkan ayat-ayat yang menarik apatah lagi menjadikannya tertarik..dan secara jujurnya inilah penulisan pertama saya untuk dipublish, bukan setakat di blog JSM ini, tapi realitinya inilah yang penulisan yang tersulung kalinya saya tulis..andai kiranya terdapat sebarang kekurangan, diharap sudilah kiranya saya ini diberikan didikan dan dorongan..

Ada saya terbaca berkenaan satu petikan/ungkapan yang saya terima (beberapa hari yang lalu), suatu ungkapan yang menarik yang mendorong pemikiran ini untuk ‘meneroka, mengaitkan & menafsirkan’ beberapa perkara yang mendatangkan kelogikan waras akal dan perlaksanaan perbuatan kita dalam memikul tugasan harian sebagai seorang ‘PEKERJA’. Petikannya begini;-

“Tanggungjawab untuk mengekalkan kecemerlangan prestasi diri (performance) adalah tanggungjawab pekerja itu sendiri; bukan pada ketuanya(penyelia/pengurus). Tugas seorang ketua adalah untuk menunjukkan ketidakseimbangan – dan tugas pekerja adalah untuk memperbaikinya”

Bila difikirkan, ada betulnya logik dalam petikan tersebut. dan tergerak membenarkan dan bersetuju dengan pernyataan itu. Kita lihat dari sudut yang dipermudahkan ini..

Ramai diantara kita yang umumnya berfikir adalah tanggungjawab seseorang ketua untuk menguruskan ‘performance’ seseorang stafnya. Betul,betul, betul dan memang betul pun; TETAPI ada peringkat dan tahapnya, sebagai contoh; memberikan nasihat, tunjuk ajar, kaunselling dan sebagainya. Anggap ini sebagai bonus. Kerana, di penghujung akhirannya, bonus membangunkan dan memperbaiki ‘performance’ tersebut adalah tanggungjawab sepenuhnya kepada pekerja itu sendiri, full stop. (kecuali kalau kita pernah bekerja di bawah 6-10 ketua yang mana tiap-tiap seorang ada pandangan berlainan untuk pembangunan diri kita, kira part lain la) . So,dalam konteks tersebut, diakui agak menjengkelkan apabila terdengar keluhan dari kata-kata seperti ;

“ Saya tak rasa membangun pun sebab bos saya tak buat apa pun untuk rancang developement saya”

“ Bos tak rancang pelan pembangunan saya pun”

Pandangan peribadi saya pada mereka ini mengatakan yang mereka yang macam ni lah yang selalu nak cari jalan mudah mengelakkan diri dari kesalahan @ mengelat = tak memberikan sebarang hasil = tak membantu organisasi. Secara kasar orang kata HAMPEH! Orang jenis ini cuba menjustifikasikan ketidakcemerlangan dirinya dalam kareer adalah disebabkan salah orang lain..(nak salahkan orang je keje). Pendapat saya mudah sahaja..Kenapa nak meletakkkan pembangunan kendiri yang difikirkan penting itu pada tanggungjawab orang lain? Apa empunya diri tak mampu untuk membangunkan diri sendiri? Janganlah sukses di kehidupan ini bergantung pada nasib orang lain..Pikullah tanggungjawab itu sendiri..Kan elok kita yang rancang perjalanan kareer kita sendiri..

Andai kiranya filosopi ini digunapakai, saya yakin kita akan dapat melihat peluang untuk melihat perkembangan kerjaya kita dengan lebih berjaya dan cerah disamping bermotivasi untuk menaiktaraf pembangunan dir ke peringkat yang lebih tinggi..

Terima kasih atas kesudian untuk membaca. Diharapkan ini dapat memotivasikan anda untuk mengambil tindakan menjadi seorang yang lebih baik..Hingga jumpa lagi di masa akan datang..Take care..

Editor@JSM

MESYUARAT JSM







SAMBUTAN HARI LAHIR PENUTUP 2009



Waktu ini JSM celebrate birthday Hadi bln Sept, Nana & Azie bln Okt dan last sekali bulan Nov Boss & Intan pada 13/01/2010(w/pun lambat tp yg penting ingat). Semoga panjang umur & dikurniakan rezeki yang b'limpah2.


Followers

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme