Konvensyen Integriti Pengurusan Zakat Selangor

Assalamualaikum wrh wbrth

Merujuk kepada konvensyen tersebut, kehadiran semua kakitangan (kontrak dan tetap serta anak syarikat) adalah diwajibkan kecuali kepada petugas-petugas di kaunter ibu pejabat dan cawangan yang telah ditentukan oleh penyelia masing-masing untuk bertugas pada hari tersebut. Sukacita dimaklumkan butiran tarikh, masa, tempat dan pemakaian seperti berikut;

Tarikh : 19 Ogos 2009/ 28 Syaaban 1430H (Rabu)
Masa : 7.45 pagi - 5.00 petang
Tempat : Hotel Bluewave, Shah Alam
Pakaian :
Lelaki - Long suit dan blazer gelap (bagi yang tiada blazer, pakai long suit),tali leher merah LZS, bersongkok hitam, memakai tag nama bersama layard / tali kuning
Perempuan - Baju kurung kuning LZS (bagi yang ada, yang tiada, apa-apa
warna baju kurung) dan memakai tag nama bersama layard / tali kuning

Harap semua berpakaian segak dan kemas kerana ini program LZS yang akan dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor. Sekian sahaja, selamat berkonvensyen!

0 Response to "Konvensyen Integriti Pengurusan Zakat Selangor"

Post a Comment

Followers

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme